ASSALAMUALAIKUM-WELCOME TO THE BLOG BOILERMAN
Home » » HYDROSTATIC TEST

HYDROSTATIC TEST



                           HYDROSTATIC TEST


Ujian ini dilakukan pada dandang yang baru dipasang dan dandang yang baru diperbaiki.

TUJUANNNYA

Untuk mengetahui sama ada terdapat kebocoran atau tidak di bahagian-bahagian tertentu pada dandang,sebelum ujian dilakukan pastikan:
1-Valve berikut dalam keadaan buka
a)       Drum air cock
b)       Super heater out let drain
c)        Super heater air cock
2-Pastikan safety valve di jammed terlebih dahulu.
3-Pastikan valve berikut dalam keadaan tutup
a)       Main stop valve
b)       Semua blow down di tutup kecuali satu blow down sahaja di bahagian hadapan untuk dipasang Hand Pump
c)        Semua header cap
4-Pastikan water gauge dalam keadaan on service
5-Pastikan tangki pembekal diisi dengan air secukupnya.


CARA KERJA

1-Jalankan pump,masukan air kedalam dandang hingga keluar melalui drum air cock.
Matikan pump dan tutup drum air cock

2-Jalan kembali pump,masukan semula air hingga keluar melalui super heater air cock.
Matikan pump,tutup super heater air cock dan super heater out let drain.

3-Tutup feed in let valve
4-Off service water gauge

5-Periksa sama ada terdapat kebocoran atau tidak

Yang perlu diperiksa ialah

a)       Semua valve
b)       Semua header cap
c)        Semua tiub dandang

6-Jikalau tidak ada sebarang kebocoran berlaku baharulah tekanan boleh dinaikkan dengan menggunakan hand pump.

7-Naikkan tekanan daripada 5-10-15-20 hingga sampai kepada 1 ½ kali ganda daripada tekanan kerja selamat.

8-Pastikan semua valve, tiub dan header cap diperiksa pada setiap kali tekanan dinaikkan mengikut peringkat tersebut.

9-Setelah tekanan sampai ke 1 ½ kali ganda daripada tekanan kerja selamat periksa sekali semuanya dengan teliti, jikalau tidak ada kebocoran  biarkan ia bertekanan 1 hingga ½ jam.jikalau  tidak berlaku kebocoran buka kembali,
a)       Semua air cock dan drain
b)       Semua blow down untuk menurunkan tekanan pada dandang.
                                                                               

No comments:

Post a Comment

Saya amat berterima kasih sekiranya anda dapat memberi komen yang baik tentang blog ini.

Note: Only a member of this blog may post a comment.