ASSALAMUALAIKUM-WELCOME TO THE BLOG BOILERMAN
Home » » PART 4 - WATER TREADMENT

PART 4 - WATER TREADMENT



PART 4


                         WATER TREADMENT

 

 

                                                   


                             PENGOLAHAN AIR
                         (WATER TREADMENT)

SISTEM PENGAMBILAN AIR BAGI SESEBUAH DANDANG  

Air yang berada didalam sesebuah dandang adalah biasanya dari sumber semulajadi seperti laut dan sungai,oleh itu satu pengolahan air patut dilakukan agar isi kandungan dan sifat air ini bersesuaian dengan penggunaan dandang.Ini adalah kerana banyak bahan-bahan galian  yang bersebati dengan kandungan air.Bahan-bahan galian ini  akan mempengaruhi sifat-sifat yang ada pada air tersebut.Sebelum air sampai ketempat penggolahan nya,ia terlebih dahulu ditapis dengan menggunakan Filter.Air  yang telah diolah akan di pam ketangki simpanan air yang akan membekalkan kandungan air kepada system dandang.

                             PENGOLAHAN AIR

Pengolahan air adalah penting bagi menentukan kandungan yang bersebati dengan air tersebut.Kalau kekotoran dari segi fizikal dapat ditapis dengan menggunakan filter,tetapi sebatian-sebatian yang terkandung didalam air tidak dapat ditapis dengan melalui filter.Pengolahan air diadakan bertujuan supaya nilai pH bagi air yang diolah adalah pH 7 + 0.5.Ini adalah kerana kalau air tersebut bersifat asid(nilai pH kurang daripada 7) maka sifat air tersebut adalah menghakis,lama kelamaan tiub didalam dandang akan mengalami kebocoran. Seandainya air tadi bersifat alkali(nilai pH melebihi 7)maka air akan membentuk lapisan-lapisan kerak disalur-salur tiub dandang yang akan menyebabkan tiub tersebut lama- kelamaan tersumbat.Oleh itu satu nilai pH yang nuteral diperlukan agar tiub-tiub dandang tidak mengalami apa-apa kerosakan.Nilai pH yang ditentukan ialah pH 7 + 0.5. Pengolahan air juga mengawal PART PER MILLION (PPM) bahan galian air. Contohnya dalam 1,000,000 bahagian air,munkin 200 daripadanya terdiri daripada galian seperti Sodium Carbonat.Oleh itu perlulah mengcampurkan sesuatu bahan(Chemical) agar Sodium Carbonat tersebut tidak memberi apa-apa kesan pada tiub-tiub didalam dandang.

          ANALISA DAN RAWATAN AIR DANDANG

Tujuannya untuk penguraian kimia (Chemical composition) bagi dandang dan tangki air sesebuah dandang.

                             PENDAHULUAN

Satu system rawatan air (Water Treatment) untuk dandang melibatkan satu ujian kawalan untuk menentukan sama ada kelebihan bendasing (Impurities) di dalam rawatan air di dalam dandang dan tangki air dandang adalah didalam had-had yang dibenarkan.Setiap rekod ujian hendaklah disimpan supaya tanda-tanda yang tidak memuaskan dapat dikesan dan tindakan yang sesuai dapat diambil sebelum sesuatu kerosakan terjadi pada dandang.
Larutan air dandang adalah larutan tindakan organic (Organik Treatment Solution) yang diperolehi dari Extract logi yang dibekalkan sebagai cecair berwarna coklat gelap yang tidak beracun dan mengandungi Tannin.Ia mencegah terjadinya keladak-keladak (Scale) dengan mengawasi pertumbuhan Hablur menjaga supaya tidak terjadi butir-butir keladak dalam ampaian (Suspension) sebagai minyak pekat (Sludge) yang mengalir bebas,mencegah kekaratan  dengan pembetulkan kilap besi tanah lengai (Innert Iron Tannatesheen) diatas permukaan panas yang boleh menghalang pemindahan haba,tidak meresapi larutan oksijen, menghalang minyak dari lekat pada permukaan  dan tidak mengalakan Friming dan mencegah kerapuhan kaustik (Kaustik Embritlement).Beberapa rangkain rawatan (Conjunctional Treatment) adalah satu campuran alkali dan natrium sulfat (Sodium Sulphate) dalam bentuk serbuk yang telah ditambah untuk menyesuaikan kealkalian dan nilai PHnya .


        HAD-HAD DIGALAKKAN UNTUK  

   KOMPOSISIAIR DANDANG ADALAH:


NILAI PH AIR DANDANG               :10.5  HINGGA  11.5
NILAI PH AIR TANGKI BEKAL     : SEKURANGNYA  8.5
KELIATAN AIR                                  : DIBAWAH  10  PPM Co3
KEALKALIAN KEPADA
PHENOL PHATTHALEI                   : 250  HINGGA  350  PPMCo3
CHLORIDE                                          : BAWAH  10  PPM C1
JUMLAH LARUTAN PEPEJAL        :  BAWAH  2500  PPM
NILAI PH:
PH  03  : MERAH                                PH  08  :HIJAU
PH  04  : MERAH GELAP                  PH  09  : HIJAU KEBIRUAN
PH  05  : OREN MERAH                   PH  10  : UNGU KEBIRUAN
PH  06  :OREN KUNING                  PH  11  : VIOLET KEMERAHAN
PH  07  : HIJAU KEKUNINGAN      
                                                                                                                                                                                                                              
KEKOTORAN YANG TERDAPAT JIKA MENGGUNAKAN AIR SUNGAI

1)       Terdapat zarah terapung (Suspended matter)
2)       Terdapat bahan kimia yang terlarut didalam air
3)       Terdapat gas-gas didalam air.

KESAN-KESANNYA

1)       Zarah terapung boleh menyebabkan Deposit pada besi dandang dan Cary Over.
2)       Bahan kimia yang terlarut didalam air seperti Kalsium dan Magnasium akan mengakibatkan mendapan didalam dandang dan menjadi kerak (Scale)
3)       Gas-gas yang terdapat didalam air seperti oksijen da karbon dioksida boleh menyebabkan berlakunya hakisan (Corrosion) pada drum dan tiub didalam dandang.

CARRY OVER

Berlaku sekiranya air dandang terlalu kotor dan TDS terlalu tinggi menyebabkan kekotoran tersebut masuk ke stim,akibatnya.
1)       Dapat wap lembut (wet steam) yang kurang berkesan.
2)       Hakisan pada turbine/ engines/ nozzle steam.
3)       Scaling pada super heater dan turbin

CARA MENGATASINYA

1)       TDS Dikawal sentiasa rendah
2)       Menpastikan paras air Drum dandang dikawal dengan betul.   

BOILER DEPOSIT DAN SCALE

1)       Disebabkan oleh zarah terapong dan kekerasan air.
2)       Scale menghalang pemindahan haba kepada air didalam tiub yang boleh menyebabkan Over Heating.
3)       Jika kerak terlalu tebal,air yang mengalir didalam tiub jadi kurang dan akhirnya menyebabkan Over Heating.
4)       Scale pada dandang menyebabkan hakisan pada tiub.

CAUSTIC EMBRITLEMENT

Merupakan caustic cracking atau caustic attack yang boleh mengakibatkan besi dalam dandang menjadi rapuh lalu pecah.Ianya berlaku jika caustic alkalinity dalam air dandang terlalu tinggi.

BOILER CARROSION

Hakisan yang  terjadi pada drum dan tiub dandang ini disebabkan oleh:
1)       Oksijen dan karbon dioksida terlarut dalam air dandang
2)       PH pada air dandang terlalu rendah,

CARA MENGATASI CORROSION

1)       Menghapuskan oksijen dan karbon dioksida dalam air dandang,Dearation (penyahudaraan)
2)       Keadaan alkalinity tinggi secukupnya.
3)       Mengawal Dosage Boiler Chemical supaya selalu cukup terutamanya Suphite/

OPERASI LOGI PEMBERSIHAN AIR (RAW WATER TRETMENT)

1)       Alum digunakan sebagai Caugulant (pembeku)
2)       Alum pembeku Suspended Matter didalam air supaya menjadi Flocs.
3)       Jika PH air sungai terlalu rendah,soda ASH digunakan sebelum alum
4)       Kuantiti alum dan Soda ASH yang diperlukan bergantung kepada air sungai tersebut
5)       Sludge Blanket harus dikawal dengan baik supaya air lebih jernih dan kurang carry over flocb
6)       Soda ASH digunakan untuk PH correction (meninggikan PH kepada 7.0  -  7.2)
7)       Sand Filter – Backwass sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

WATER SOFTERNER

1)       Pertukaran I on berlaku bila air keras bertemu resin.
2)       Resin mengandungi sodium I on (garam)
3)       Kalsium dan magnesium I on didalam air keras ditangkap oleh resin,kemudian digantikan dengan sodium I on ,maka air keluar menjadi lembut (soft)
4)       Makin lama semakin banyak sodium diganti sampai kehabisan sodium didalam resin,Regneration perlu dilakukan dengan garam supaya resin mendapat sodium I on terus.
5)       Biasanya Rerneration dibuat apabila hardness air softerner melebihi 5 PP

BOILER WATER CHEMICAL

Boiler chemical digunakan kerana masih ada sedikit kekotoran hardness dan gas-gas dalam  feed water.

CHEMICAL

Chemical adalah nama bahan kimia yang digunakan bagi tujuan terakhir proses kemasukan air didalam dandang.Ianya tediri dari berbagai jenis nama seperti Sclarid,Drew,Corium dan bermacam nama lain lagi.Perbezaan nama bahan ini tidaklah merubah tugas dan fungsi yang sebenarnya.perbezaan ini hanya lah bergantung kepada nama-nama syarikat yang membuatnya sahaja seperti Sclarid dibuat oleh Inter Chemical,Drew pula dibuat oleh Drew Ameroid dan syarikat Great Joint Marketing menamakan bahan kimia mereka dengan nama Corium.Miskipun demikian tujuan bahan kimia ini hanyalah untuk menambahkan alkalinity dan PH,menghapuskan hardness,mencegah kekaratan, mengawal kekerasan serta ketebalan air dan menghapuskan oksijen didalam air.

                           PENGOLAHAN AIR
                        (WATER TREADMENT)
    
    
WATER SOURCE
(SUMBER AIR SEMULAJADI)
                       ¯
RAW WATER POND
Proses penderapan
(kekotoran mendap kebawah)
                       ¯
FILTERED  WATER TANK
Tawas + kapur
(proses penjernihan)
                       ¯
SAND FILTER
a)penapis pasir
saiz penapis
10 – 30 micron
0.00001 mm
                      
ASID TANK
Asid Hydrochloride
(Turunkan air ke Ph7)                ® NEUTRALISTE BASIN
DOSMETIS WATER
                                                                          Sedia untuk digunakan
                            ¯
SOFTENER TANK
Air dilembutkan dengan
Pasir
Batu
resin   
                            ¯
DEAERATOR
To remove oxygen and other dissolved gases
From feed-water.
                           ¯
BOILER
 
                                                             













No comments:

Post a Comment

Saya amat berterima kasih sekiranya anda dapat memberi komen yang baik tentang blog ini.

Note: Only a member of this blog may post a comment.