SALAM SEJAHTERA

SALAM SEJAHTERA,SELAMAT DATANG KE HAMDISAAD74.BLOGSPOT

Sunday, 17 March 2013

PART 1





                          




                      DANDANG STIM (STEAM BOILERS)


SEJARAHNYA;


Dalam tahun 1763,seorang pekerja bernama James Watt di Glasgew sedang membaiki sebuah mesin Newcomen dan mendapati haba pada mesin itu dibazirkan.Beliau telah mereka satu alat yang menggunakan haba yang dibazirkan oleh mesin Newcomen tersebut.Alat itu adalah Cylinder yang mempunnyai dua jaket dan salah satu ruangnya diisi dengan haba,manakala Cylinder yang satu lagi dibiarkan sejuk kerana dimuatkan dengan air yang sentiasa mengalir.Mesin Watt ini lebih baik daripada mesin Newcomen dan dalam tahun 1800,sebanyak 40 buah mesin Watt digunakan untuk mengeluarkan air di lombong bijih dikawasan Cornish.                                                                                                                                                                                                           
(Rafer Children’s Bristannica, jilid, Ba-By. No 21
PENGENALAN;

Dandang merupakan satu pengadun tekanan yang dibina kuat daripada besi atau keluli untuk menampung sesuatu tekanan yang tinggi.Setengah daripada bekas ini dibiarkan kosong dan sebahagian lagi diisikan dengan air.Pengadun ini akan dipanaskan agar air bertukar menjadi wap-wap( steam) apabila suhunya melebihi 100°c.Wap-wap (steam) yang dihasilkan merupakan satu tenaga yang berkeupayaan  untuk menggerakkan suatu kerja.Wap-wap (steam) ini akan menggalami beberapa proses agar sifat-sifatnya  bersesuayan dengan kerja yang akan dilakukan nanti.
PENGGUNAANNYA;

Selalunya Dandang dugunakan didalam indasteri-indasteri yang kedudukannya agak jauh daripada jalan dan pencawang-pencawang eleterik.Sebagai contoh  indasteri kelapa sawit.Selalunya juga Dandang dibina dikawasan yang berhampiran dengan sumber air seperti sungai dan lain-lain,ini kerana Dandang memerlukan air yang banyak semasa perjalanan operasinya.Ada juga indasteri-indasteri yang berhampiran dengan jalan dan pencawang eleterik dan kedudukannya agak jauh daripada sumber semulajadi air menggunakan Dandang ,cotohnya indasteri pemberosesan makanan,atau di hotel-hotel untuk bilik pengeringan pakaian.Kesimpulannya Dandang digunakan sekiranya kos perbelanjaan adalah lebih menjimatkan daripada menggunakan sumber kuasa yang lain
DANDANG (BOILERS)

Adalah satu bekas yang tertutup yang dipanaskan dengan bahan pembakaran untuk menghasilkan stim yang melebihi takanan exmosfera.
SIFAT-SIFAT BAGI SESEBUAH DANDANG;

Sifat-sifat bagi sesebuah Dandang bergantung kepada empat perkara yang perlu diambil kira:
1-       Jenis tube yang digunakan sama ada daripada tube air(water tube) atau tube api (fire tube)
2-       Kedudukan paksi bagi sesebuah Dandang sama ada menegak(vertical) atau mendatar (horizontal).
3-       Jenis pembakaran sama ada pembakaran di luar (externally) atau pembakaran di dalam (internally).
4-       Jenis Dandang itu sendiri sama ada jenis Dandang bergerak atau Dandang tetap.

TIUB AIR (WATER TUBE)

Tiub air merupakan sebuah Dandang yang mempunyai sekurang-kurannya dua pengadun atau lebih.Pengadun yang berada diatas dinamakan Main Drum dimana sebahagian daripadanya diisikan dengan air dan sebahagian lagi dibiarkan kosong untuk ruangan wap (steam).Pengadun yang dibawah pula dinamakan dengan Muid Drum yang dipenuhi dengan air.Kedua-dua drum ini disambungkam oleh selinder-selinder berisi air dan udara yang panas mengalir melaluinya.Pembakaran api membakar di luar permukaan tiub yang mengandungi air didalamnya
.
TIUB API (FIRE TUBE)

Tiub api adalah sebuah Dandang yang memanaskan air didalamnya dengan haba panas yang melalui didalam tiub.Tiub api biasanya mempunyai satu pengadun tekanan sahaja.Pembakarannya berada di bahagian bawah dan haba disalurkan melalui tiub-tiub selinder kecil yang terendam didalam air.


KESIMPULANNYA

Tiub api dan tiub air mempunnya tujuan yang sama iaitu untuk menghasilkan tenaga haba daripada pemanasan air,perbezaannya hanya pada  bentuk benaannya sahaja.
KEDUDUKAN

Sesebuah Dandang dapat dibahagikan kepada dua jenis kedudukan;
1)       Dandang yang boleh bergerak.
2)       Dandang yang berkedudukan tetap (setempa

DANDANG BERGERAK

Merupakan Dandang yang boleh dipindah tempat mengikut pengunaannya.Biasanya Dandang tersebut tidak dilekatkan pada badan-badan tertentu,kalau dilekatkan pun hanya pada roda atau lori yang mengankutnya ke distinasi tertentu.Oleh itu Dandang yang berada diatas kapal tidak boleh dikelaskan sebagai Dandang bergerak,kerana keadaannya yang terlekat pada badan kapal tersebut.Dandang bergerak yang dimaksudkan ialah Kepala Keretapi (Locomotive) dimana Kepala Keretapi itu sendiri merupakan Dandang bergerak dengan dipasang roda dibawahnya.Contoh Dandang bergerak yang lain adalah Penukul Tiang Konkrit yang diangkut oleh lori-lori trailer untuk melakukan kerja-kerja dikawasan pembangunan.

DANDANG TETAP

Merupakan sebuah Dandang yang dilekatkan pada sesuatu badan seperti yang berada pada sesebuah kapal atau pun Dandang itu dibina untuk kegunaan setempat dan tidak boleh berubah kedudukannya.Dandang yang dimaksudkan ialah dandang yang berada  di TANAH RANCANGAN FELDA untuk mengukus buah-buah kelapa sawit.
BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTING YANG MESTI ADA PADA SESEBUAH DANDANG;

Untuk menjalankan sesebuah Dandang agar ianya berfungsi dengan betul,Dandang tersebut mestilah dilengkapi sekurang-kurangnya dengan enam(6) peralatan Boiler Mountings. Peralatan-peralatan yang dimaksukkan ialah;
1)       Injap Keselamatan (Safety Valve)
2)       Injap Utama (Main Valve@Junction Valve)
3)       Tolak Tekanan (Pressure Gauge)
4)       Tolak Air (Water Gauge)
5)       Pam Air Bekal (Feed@Check Pump
6)       ) Injap Buagan (Blow Down Valve)

Boiler Mountings bertujuan untuk membolehkan Dandang berjalan dengan baik,disampin itu  juga dapat melengkapkan lagi Dandang tersebut.Oleh itu alat-alat tambahan direka khas dan dipasangkan pada Dandang tersebut agar ia dapat menjalankan tugasnya dengan lebih sempurna dan lebih cekap.Peralatan-peralatan tersebut adalah penambahan kepada peralatan Boiler Mountings bagi sesebuan Dandang yang perjalanan operasinya secara manual dan otomatik,juga terdapat peralatan-peralatan Boiler Mountings yang khas digunakan oleh pemeriksa Dandang (Test Boiler Inspection)
PENAMBAHAN PERALATAN BOILER MOUNTINGS BAGI DANDANG MANUAL

1)       Palam Lebur (Fusble Plug)
2)       Loceng Isyarat Paras Air Rendah (Low Water Alarm)
PENAMBAHAN PERALATAN BOILER MOUNTINGS BAGI DANDANG OTOMATIK

1)       Kawalan Buka Tutup Air (Cut Out Mubrey Control)
2)       Kawalan Buka Tutup Pembakaran (Cut Out Modulision Control)
3)       Loceng Isyarat Paras Air Rendah (Low Water Alarm)
PERALATAN BOILER MOUNTINGS BAGI KEMUDAHAN PEMERIKSA DANDANG

1)       Nama Plate Pembuat (Manafacture Plate)
2)       Pelekat Pendaftaran Kilang Dan Jentera (Regisration Plate)
3)       Kamudahan Tolak Tekanan Pemeriksa (Pressure Gauge Inspection).






                                      

No comments:

Post a Comment

Saya amat berterima kasih sekiranya anda dapat memberi komen yang baik tentang blog ini.

Note: only a member of this blog may post a comment.